Blog Firdaus Azizi

3 Cara Express Untuk Boom-kan Produk Baru

Bila nak keluar produk baru, pasti ada sedikit kerisauan dan “nervous” jika semuanya tak menjadi seperti apa yang kita sangka, betul?

Sudah pasti kita membayangkan, alangkah indahnya  jika product launching kita seperti setiap kali Apple keluarkan produk baru.

Ada yang sanggup tidur, beratur panjang depan kedai semata-mata untuk menjadi “yang terawal” mendapatkan produk terbaru Apple.

Tapi, itu Apple.

Kalau produk kita yang belum level Apple, macam mana?

Jangan risau…

Walaupun product launching kita tak sehebat mereka, tapi tak semestinya kita tak boleh buat “fans” kita ternanti-nanti betul?

Saya kongsikan kepada anda 3 cara express nak “boom-kan” produk baru.

Pastikan anda baca sampai habis jika anda nak produk anda lebih cepat meletup!

Ada tiga cara paling cepat untuk boom-kan produk baru

Untuk memudahkan anda faham dan boleh bertindak dengan cepat, saya ringkaskan kepada 3 cara mudah menggunakan Direct-Response Copywriting.

Dengan teknik ni bukan anda boleh singkatkan masa prospek berfikir, dan membeli serta merta produk anda.

Haa, best kan?

Siapa tak nak macam tu, betul?

Cuma sebelum saya explain lebih mendalam, ada rules yang anda perlu ikut sebelum menggunakan teknik ni.

Baca Juga:  5 Langkah Menjual Produk Margin Rendah Menggunakan Facebook Ads

Rules anda perlu ikut sebelum guna teknik ni.

Main rules yang perlu anda ikut adalah:

“Jangan jual PROSES, jual RESULT”.

Kenapa?

Sebab orang hanya nak tahu proses, selepas dia nampak result.

Kesilapan ramai peniaga, bila nak menjual, dia cuba nak terang;

  • “Susah payah dia hasilkan produk tu”
  • “Produk ni ada KKM, susah tau dapat KKM”
  • “Produk aku ni, herba dia dari amazon”

Di Malaysia, anda kena faham terutamanya orang Melayu, mereka memang mudah dipengaruhi dengan fast-proven-result ni.

Sebab tu saya tak pelik apabila, produk yang putih-putih sekelip mata tu masih laku di Malaysia, walaupun pesaing dah berlambak-lambak yang keluar produk yang sama.

Orang kita ni mudah terpengaruh dengan RESULT.

Boleh ke produk anda menyelesaikan masalah prospek?

Jika mampu, ada contoh testimoni? Berikan kepada prospek.

Jadi jangan fokus benda yang prospek tak nak, fokus apa yang mereka nak.

Sebagai contoh anda jual tudung:

Prospek tak kisah sangat pun korang beli kain dekat negara cina ke, kena upah designer mahal-mahal ke, kena berpeluh buat photoshoot bawah matahari ke, prospek ni apa-apa dia fikir pasal diri sendiri je.

Jual lah experience bila orang pakai tudung tu nampak cantik. Bila pakai orang puji.. orang pandang ada kelass, ada taste, terbayang-bayang prospek berangan!

Ok berbalik kepada 3 cara yang saya bagitahu tadi. Ini langkah demi langkah yang korang boleh apply.

Cara 1# – Minta rekemen

Setelah anda faham rules nak guna method ini, barulah kita mulakan dengan step pertama, iaitu “Minta Rekemen”.

Mostly, orang lebih percayakan kawan dia berbanding penjual.

Jadi, tugas kita adalah buatkan pelanggan sedia ada berpuas hati dengan produk dan servis kita.

Apabila kita pandai jaga pelanggan elok-elok, tak mustahil dia rekemen produk atau servis kita kepada kenalan mereka.

Pernah tak anda nak beli atau ambil servis apa-apa, anda tanya dulu kenalan anda yang pernah beli produk tersebut, untuk tanya sama ada okay atau tak?

Mestilah pernah kan..

Kalau good review bolehlah rasa selamat nak beli. Tapi kalau review cakap “jangan beli, rugi, bad service, tak berbaloi” automatik termati niat prospek nak membeli.

So lepas ni anda kena target, jadikan semua customer sedia ada itu customer yang berpuas hati dan sayang untuk tukar seller lain.

Ingat, satu customer yang berpuas hati boleh bawa lebih banyak pelanggan baru untuk bisnes anda secara percuma.

Nest saya explain apa yang anda perlu bagi kepada audience sebelum menjual produk anda.

Baca Juga:  Nak Pastikan Produk Mudah Jual? Ini 3 Benda Yang Anda Patut Kaji Dulu!

Cara 2# – Give value first, sell later.

Daripada kecik kita telah dilatih untuk menghomati insan yang berma GURU.

Siapa sahaja yang memberi nilai dalam hidup kita akan dianggap sebagai guru.

Bukan sahaja dihormati, bahkan apa yang GURU sebut. Kita anak murid kena percaya. Jangan bangkang.

Perasan tak benda ni berlaku dalam diri kita?

Ini mindset yang telah ditanam sejak dari kita kecil lagi.

Bila kita mahu dinobatkan sebagai guru di dalam hati prospek. Bagilah VALUE dulu sebelum menjual.

Value boleh diberikan melalui banyak cara, seperti:

  • Berikan khidmat nasihat secara ikhlas, niat untuk membantu walaupun prospek belum decide untuk membeli.
  • Berikan Free ebook, video tips untuk educate prospek dengan masalah mereka.

Insyaallah, selepas tu apa yang kita cakap, rekemen, orang akan ikut. Sebab mereka dah percaya kita. Kita GURU mereka.

Cara 3# – Product demo

Pernah tak dengar orang kata:

“Show, don’t tell”
“Picture speak louder than word”

Jadi, visual (seperti gambar atau video) adalah cara cepat untuk sampaikan mesej dan mempengaruhi prospek.

Copywriting juga penting, ia ada peranan yang lain untuk yakinkan customer.

Cuma visual ni adalah cara cepat untuk tarik perhatian dan buatkan prospek nak tahu serta merta mengenai produk kita.

Daripada kita cerita, produk kita kalis air, lebih bagus kita masukkan jer terus produk tu dalam air, live demo gitu.

Nak lebih mudah, saya suggest anda tengok CJ Wow Shop atau Go Shop, anda boleh lihat bagaimana mereka buat demo dan yakinkan penonton untuk membeli serta merta.

Insyallah dengan cara ni, prospek akan nampak berbaloi atau tidak untuk membeli produk anda.

Selain post demo-demo ni di page, anda juga boleh postkan ke “pm” prospek sebagai bahan “support” untuk pujuk prospek membeli.

Okay, semoga dengan perkongsian kali ni, anda dapat gunakan untuk boomkan produk baru, mahupun produk sedia ada.

Semoga berjaya !

Baca Juga:  3 Kunci Untuk Hasilkan Iklan Facebook Yang Lebih Padu & Berkesan

Perlukan bantuan Team FAMES untuk advice anda berkenaan Facebook Ads?

Jangan risau, anda buntu kami bantu. Di team FAMES, kami sentiasa terbuka kepada anda yang ingin mendapatkan sesi coaching one-to-one bersama kami.

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares
Scroll to Top