3 Cara Buat Timeline Cover & Profile Picture Di Facebook

Timeline cover dan profile picture merupakan pengenalan pertama tentang bisnes kita kepada orang luar yang datang ke Facebook Page kita.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk pastikan Timeline Cover & Profile Picture menggambarkan produk atau servis kita supaya orang suka nak klik Like dan ikuti perkembangan Facebook Page.

Apa itu Timeline Cover & Profile Picture?

Contoh Timeline Cover ialah gambar besar pada Fanpage kita, bila orang klik Fanpage kita, terus nampak gambar tersebut.

Profile Picture adalah gambar kecil Fanpage kita.

cara buat timeline cover dan profile picture facebook apa itu

 

Kalau Fanpage kita update sesuatu, orang hanya akan nampak gambar Profile Picture, bukan Timeline Cover.

Saiz Timeline Cover & Profile Picture

Sebelum nak design atau reka gambar untuk Timeline Cover & Profile Picture, sebaiknya kita tahu saiz nya terlebih dahulu supaya jimat masa.

Gambar di pinjam dari http://www.oto-con.com

Gambar di pinjam dari http://www.oto-con.com

Untuk tahu unit px dalam inch atau mm, Google saja 851 px to inch ^_^

3 Pilihan (Option) Untuk Buat Timeline Cover & Profile Picture

3 cara mudah untuk buat Timeline Cover dan Profile Picture, saya ringkaskan di sini.

Bergantung kepada individu.

Pilihan #1 : Guna Imej Dari Google

Cara ini untuk anda yang nak jimat masa sangat-sangat. Mungkin anda nak test dahulu satu-satu niche Fanpage.

Cara paling senang adalah Google sahaja gambar yang berkaitan, dan upload di Fanpage.

Pastikan saiz adalah bertepatan dengan saiz yang dinyatakan di atas.

Pastikan gambar anda bukanlah poster yang dicipta oleh orang lain. Hormati hasil kerja mereka.

Contoh Fanpage yang hanya menggunakan gambar dari Google adalah seperti di bawah.

cara buat timeline cover dan profile picture facebook contoh
Hanya cari imej dan Google dan terus upload tanpa edit apa-apa

Pilihan #2: Aplikasi Canva

Aplikasi Canva adalah percuma.

Ia sesuai untuk anda yang mahu Timeline Cover yang menarik, tapi tak pasti nak cari gambar macam mana.

Kebanyakan gambar yang disediakan oleh aplikasi Canva adalah percuma, cuma ada beberapa gambar yang perlu dibeli, itu pun tak sampai RM 10.

Ia mudah kerana hanya perlu pilih gambar yang anda berkenan, dan ‘Drag & Drop'

cara buat timeline cover dan profile picture facebook canva
Klik di kotak ‘Facebook Cover' untuk mula memilih gambar anda

Contoh pilihan gambar dari aplikasi Canva adalah seperti gambar di bawah.

cara buat timeline cover dan profile picture facebook canva contoh

Pilihan #3: Powerpoint

Pilihan ini adalah jika anda ada logo sendiri dan ada lebih masa untuk reka sendiri, jadi anda boleh luangkan sedikit masa untuk reka Timeline Cover anda menggunakan PowerPoint.

Anda perlu mempunyai PowerPoint 2013 untuk pilihan ini.

cara buat timeline cover facebook
Ikuti langkah 1-3 seperti dalam gambar

Saiz slide akan berubah bentuk selepas anda ubah nilai pada kotak ‘Width' dan ‘Height'

cara buat timeline cover facebook
Saiz slide dah bertukar

Setelah selesai mereka gambar Timeline Cover anda, ‘save as' file jpeg atau PNG , kemudian boleh upload ke Fanpage anda ^_^

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda 😀

Boleh Tolong Saya?

Kalau anda rasa entry ini bermanfaat, boleh LIKE & SHARE di wall anda 😀 Moga lebih ramai usahawan dapat manfaat dari entry ini 😀

Sharing is caring!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *