2 Metrik Iklan Yang Paling Penting Untuk Dipantau Setiap Hari

Setiap kempen iklan yang kita buat mesti diukur keberkesanannya.

Tak kisah samada kita buat iklan guna facebook ads, google adwords atau Instagram review… apa pun medium yang kita gunakan, kita mesti ‘track' dan pantau.

Aktiviti ‘tracking & monitoring' ni mesti dibuat setiap hari.

Sebab, nak pastikan kita tidak over-spend, tak melabur dekat iklan yang tak convert dan juga untuk pastikan iklan kita sentiasa dalam keadaan optimum.

Kalau tengok dalam Ads Manager Facebook Ads, banyak metrik yang boleh kita ukur untuk semak samada iklan kita bagus atau tidak.

Antaranya ialah CTR, CPC, CPM, relevant score dan sebagainya.

Metrik yang saya sebutkan tadi boleh dikategorikan sebagai secondary. Metric yang primary dan yang paling penting adalah :

  1. Cost per lead
  2. Closing rate

Cost per lead adalah tugas bahagian team marketing, manakala closing rate pula adalah tugas team sales.

Apa itu cost per lead?

Cost per lead adalah kos yang diperlukan untuk mendapatkan seorang prospek.

Dalam bahasa mudah, ianya merujuk kepada berapa RM yang perlu kita laburkanuntuk mendapatkan 1 whatsapp, atau 1 call, atau 1 email dari audience kita.

Manakala closing rate pula ialah peratusan jumlah orang yang kita berjaya tukarkan dari prospek kepada pelanggan.

Macam mana nak kira 2 metrik ini?

  1. Cost Per Lead = Jumlah Ads Spend/ Jumlah Whatsapp
  2. Closing Rate = Jumlah WhatsApp/Berapa orang beli

Track cost per lead dan closing rate ini secara konsisten selama 3 bulan dan anda akan nampak pattern yang berapa kos yang biasa anda perolehi.

Lepas dah ada ‘benchmark', anda boleh tetapkan KPI anda sendiri untuk metrik tersebut.

Bila cost per lead naik melebihi dari kebiasaan, itu adalah signal bahawa iklan anda sedang alami masalah.

Tapi kalau cost per lead masih maintain kekal sama, tetapi sales pula makin berkurangan, maka ini adalah signal bahawa anda ada masalah close sale.

Jadi, anda perlu check cara kerja team sales anda dan latih mereka macam mana nak close sale dengan betul supaya dapat tingkatkan lagi closing rate.

Kesimpulannya, 2 metrik ini amat penting untuk dipantau setiap hari supaya anda tahu masalah anda di bahagian iklan atau di bahagian sales.

Selagi mana 2 metirk ni masih ‘on-track', tak perlu risau 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *