3 Perkara Yang Boleh Dibuat Jika Iklan Yang Dibuat Gagal

Orang kata kegagalan itu permulaan satu kejayaan.

Sama juga bila kita buat Facebook Ads.

Kalau kita ada buat 10 iklan, tak semestinya kesemua 10 iklan itu akan berjaya.

Ada yang berjaya, ada yang tidak.

Yang penting jangan berhenti buat iklan sebab kita tak tahu dalam banyak-banyak iklan yang kita run, yang mana satu yang akan berjaya.

Tapi…

Apa yang perlu kita buat jika iklan kita gagal?

Meh saya kongsikan 3 perkara yang anda boleh cuba adjust.

3 perkara yang perlu anda adjust bila iklan yang dibuat gagal

Dalam perkongsian kali ini, ada  3 solusi yang boleh anda cuba sekiranya iklan anda gagal.

  1. Adjust Copywriting & Bahan Marketing
  2. Ubah Ads Targetting
  3. Tukar Offer Baru

Dah ready nak repair iklan Facebook anda? Saya huraikan lebih lanjut di bawah.

Jom kita start!

1# Adjust Ayat Iklan & Bahan Kreatif

Ayat iklan dan bahan kreatif memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej anda kepada audience.

Apabila iklan anda gagal, apa kata anda check balik iklan tersebut;

  • Ayat iklan tu yang baru buat atau yang dah lama guna?
  • Dah berapa lama iklan tersebut berjalan?
  • Gambar dan video tu bila punya? Berapa lama dah pakai bahan tersebut.

Jika jawapan anda “lama” ataupun “tak pasti atau tak ingat”, saya suggest anda ambil masa untuk hasilkan copywriting dan bahan kreatif yang baru.

Dan untuk gambar yang digunakan, adakah kesemuanya dah lepas 20% text overlay rules?

Di bahagian ayat iklan, yang anda boleh adjust adalah headline atau pun isi copywriting mengikut segmen pelanggan yang berbeza. Sebagai contoh:

Anda jual tudung. Anda boleh ubah headline mengikut beberapa jenis target market seperti wanita bekerja, suri rumah, dan student, tetapi masih menggunakan body copywriting & bahan marketing yang sama.

Bila copywriting selalu ditujukan kepada orang yang sama, ia boleh jadi bosan dan buatkan orang rasa tak tertarik nak baca.

Sama juga dengan bahan-bahan marketing dalam bentuk kreatif seperti gambar dan video. ‘Refresh' semula.

Pelbagaikan design, gaya gambar dan banyakkan lagi content.

Ia buatkan segmen pelanggan yang ditujukan seolah-olah jumpa ‘benda' baru walaupun produknya sama.

Sebagai contoh lain anda jual sos macaroni cheese.

Tetapi, jika anda datang dengan 1001 resepi baru yang boleh menggunakan sos anda, lagi banyak segment pelanggan anda boleh tarik datang membeli produk anda.

Namun, jika anda sudah ubah copywriting dan bahan marketing, tetapi iklan anda masih tidak menemukan jalan, saya suggest anda ubah bahagian Ads Targetting.

2# Ubah Ads Targetting

Selain daripada adjust copywriting dan bahan marketing, anda juga boleh cuba adjust pula di bahagian targetting.

‘Ads targetting' yang sama dipakai berulang kali akan menyebabkan iklan tersebut jadi statik dan berkemungkinan jatuh.

Bahasa mudah, iklan tu jadi kurang relevan, kurang efektif, berbanding masa awal-awal buat.

Pelbagaikan target audience.

Cari di mana audience yang berpotensi membeli dengan anda bersembunyi.

Jangan malas buat experiment sebab kita tak tahu, dalam banyak- banyak targetting yang kita buat, mungkin ada 2-3 yang jadi lubuk duit untuk bisnes anda.

Di saat kita jumpa target audiens yang betul-betul padu, kita boleh ‘scale up' iklan dengan target audiens yang kita dah dapat sebelumnya.

Kemudian, jika option ini masih bukan menjadi solusi anda, saya suggestkan anda tukar dan variasikan offer yang anda berikan kepada pelanggan.

3# Tukar Offer Jadi Lebih Baik

Percaya atau tidak..

Ada di antara pembeli anda membeli kerana “freegift di dalam offer yang anda tawarkan”?

Tukar offer bukan bermaksud anda kena tukar keseluruhan promosi.

Adakala anda boleh tukarkan bahagian freegift saja.

Ia boleh jadi barang yang berbeza dengan produk yang dijual, which means tak semestinya related dengan produk anda.

Misalnya, kita jual tudung.

Selalunya orang akan offer dapat free inner atau brooch tudung.

Kenapa tak kita offer beli tudung, dapat offer juice portable blender? Free tumbler?

Bila offer terlampau cliche atau biasa, ia buatkan produk yang kita jual tu tak nampak menarik untuk prospek dapatkan.

So lepas ni bila anda ada promosi baru, pelbagaikan offer mengikut harga pembelian dan masa promosi.

Contoh dalam promosi anda ada pakej premium, pakej biasa.

Janganlah samakan freegift yang customer dapat.

Sediakan freegift yang berbeza untuk mereka yang grab offer berbeza.

Semoga  sharing kali ini dapat membantu anda supaya tidak buntu, tak tahu nak buat apa bila iklan tak menjadi.

Semoga berjaya !

Perlukan bantuan Team FAMES untuk advice anda berkenaan Facebook Ads?

Jangan risau, anda buntu kami bantu. Sekarang ini, kami sedang melancarkan Bootcamp Unboxing Funnel Master 5x khas buat anda.

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *