Blog Firdaus Azizi

12 Langkah Bina Surat Jualan yang Berkesan

Ayat jualan ataupun Salesletter merupakan salah satu daripada “Salesman” dalam bisnes online.

Anda boleh baca artikel berkaitan “3 Jenis “Salesman” dalam bisnes online” untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan “Salesman' ini.

Baiklah di dalam artikel ini saya ingin berkongsi cara-cara bagaimana untuk membina sesebuah Salesletter yang berkesan.Maksud berkesan di sini ialah Salesletter yang mampu CONVERT pembaca anda kepada pembeli.

Secara asasnya terdapat 12 langkah yang anda perlu masukkan di dalam sesebuah Salesletter.12 langkah tersebut adalah seperti dibawah ini.

1.Headlines yang menarik pembaca

Salah satu faktor penting untuk pembaca membaca sehingga habis Salesletter anda adalah dengan menggunakan Headline yang power.

Anda boleh menggunakan headline berbentuk soalan, masa dan juga angka.

Jika mampu untuk menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut, sudah semestinya ia lebih baik.

2. Masalah yang ingin diselesaikan

Percaya atau tidak 80% daripada prospek tidak tahu masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka pada ketika ini.

Jadi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan awareness tentang masalah yang mereka hadapi ketika ini.

Mungkin sekiranya masalah tersebut jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan mereka mengalami kemudaratan/kerugian.

3. Cara menyelesaikan masalah

Di sini anda boleh huraikan antara cara-cara yang sedia ada di pasaran ketika ini untuk menyelesaikan masalah spesifik tersebut.

Masukkan juga “sikit-sikit” apa produk anda boleh lakukan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang telah anda huraikan di atas.

4. Trigger @ Soalan dari Pembaca

Kadang-kadang ada sesuatu masalah spesifik yang masih belum dapat diselesaikan.

Contohnya:

“Saya dah try macam-macam cara tetapi masalah ini masih lagi berlaku?”

Ini adalah contoh di mana tujuannya adalah untuk memberi intro kepada produk / servis yang bakal anda perkenalkan.

Masukkan trigger ini seolah-olah mereka sedang bertanya kepada anda ketika itu.

5. Jawap Trigger pembaca

Contoh jawapan yang anda boleh berikan adalah seperti.

“Of course saya boleh jer nak selesaikan masalah tuan tersebut..rahsianya ialah dengan menggunakan…”

6. Perkenalkan produk / servis yang anda ingin jual

Bila pembaca dah tanya soalan, kemudian anda pun jawap YA…

Langkah seterusnya adalah dengan memperkenalkan produk / servis yang anda ingin jual.

7. Detailkan benefit Produk/Servis anda

Kalau boleh berikan sebanyak mungkin benefit dan juga USP produk anda berbanding dengan produk lain.

Setiap benefit tersebut anda kena huraikan sedalam yang mungkin.

Masukkan elemen-elemen memainkan emosi seperti ketakutan, sebelum dan selepas, gembira dan sebagainya.

8. Testimoni dari pengguna

Ini antara perkara yang paling penting di dalam sesebuah Salesletter.

Anda WAJIB untuk masukkan testimoni pengguna yang telah menggunakan produk anda.

Ini adalah kerana testimoni ini adalah BUKTI yang mengatakan produk anda benar-benar berkesan dan ramai yang berpuas hati selepas menggunakannya.

Baca Juga:  Headline Panjang Vs Pendek; Mana Yang Lebih Berkesan Untuk Menghasilkan Jualan?

90% conversion biasanya berlaku apabila anda mempunyai testimoni yang menarik dan menjawap semua persoalan pembaca.

9. Berikan Bonus

Semua orang ingin benda yang FREE.

Masukkan bonus jika mereka membeli produk daripada anda.

Bonus ini boleh jadi produk yang sememangnya anda ingin berikan tetapi anda namakan sebagai bonus.

Perkataan “Bonus” itu sendiri secara psikologinya mampu untuk menarik prospek anda bertindak.

10. Letakkan Harga Sebenar

Jumlahkan kesemua nilai (harga) yang bakal prospek anda dapat apabila mereka membeli daripada anda.

11. Letak Potongan harga (Diskaun)

Selepas letakkan jumlah sebenar, anda buat pemotongan untuk menampakkan bahawa harga yang mereka dapat adalah lebih rendah dari nilai sebenar.

Memang kita biasa akan tawar-menawar apabila membeli, tetapi di dalam alam maya kita sebagai owner product sendiri yang berikan diskaun terus kepada prospek.

12. Call To Action

Ada macam-macam Call to Action yang anda boleh buat pada masa kini.

Anda boleh direct pembaca terus kepada borang pembelian, boleh direct ke Whatsapp, atau boleh minta mereka hubungi anda menerusi telefon.

Pastikan anda masukkan unsur-unsur scarcity dan urgency; contohnya;

Diskaun 50% hanya terhad kepada 50 yang pertama sahaja”

Ini supaya mereka bertindak pantas mendapatkan produk anda.

Anda juga boleh melihat struktur membina salesletter ini dalam rakaman berbentuk video yang saya telah sediakan di bawah ini.

Ada Belajar Sesuatu?

Saya harap anda belajar sesuatu yang bermanfaat dari perkongsian ringkas saya kali ini.

Selamat mengarang sales letter aka surat jualan anda~

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top