Sesi Konsultasi Khas 1-to-1 Bersama Saya

Personal Coaching Facebook Marketing & Blogging for Business

Terima kasih sebab berminat mendapatkan sesi konsultasi khas 1-to-1 bersama saya.

Sebelum anda teruskan, saya nak anda faham bahawa…

1. Sesi Ini Bukan Untuk Semua Orang

Anda boleh mohon, tapi saya hanya akan terima jika saya rasa saya mampu bantu anda.

Kalau masalah anda di luar bidang kepakaran saya, saya terpaksa tolak.

Saya tak berminat nak bazirkan duit anda & juga masa kita berdua.

2. Ini Bukan Sesi ‘Personal Coaching'

Tolong jangan ingat ini sesi ‘Personal Coaching' di mana saya akan ajar anda step by step dari A sampai Z.

Ini adalah sesi khas untuk saya bantu selesaikan masalah @ cabaran spesifik yang anda hadapi.

Kalau nak belajar dari basic, silalah daftar untuk join kelas-kelas yang saya buat hampir setiap bulan.

3. Tiada Jaminan

Maaf, saya tak mampu memberikan jaminan jualan anda akan meningkat atau kos iklan anda akan menurun selepas sesi konsultasi kita.

Tapi saya jamin insyaAllah saya akan cuba yang terbaik untuk bantu anda berdasarkan pengalaman & kepakaran saya.

Hasil yang anda akan dapat banyak bergantung kepada kuasa tindakan anda.

Bagaimana Sesi Ini Akan Dijalankan?

Kalau anda dah faham 3 point di atas & anda masih berminat nak mencuba nasib…

Ini adalah bagaimana sesi ini akan dijalankan.

  1. Sesi ini hanya akan dibuat di area Bangi pada hari minggu (Isnin – Jumaat) dari jam 10 pagi hinggi 5 petang.
  2. Untuk wanita, pastikan anda hadir dengan peneman. Boleh jadi suami, kawan atau staf.
  3. Topik yang boleh ditanya:
    1. Facebook Marketing [Basic to Advance]
    2. Blogging @ WordPress [Basic to Advance]
    3. Copywriting & Close Sale
  4. Anda perlu hadir dengan soalan, bukan berlenggang kangkung!

Berapa Yuran Komitmen?

Untuk sesi 1-to-1 personal & private consultation ini, rate saya sejam hanya RM300 sahaja.

1 sesi paling sekejap selama 2 jam, paling lama 5 jam. Kalau nak lebih lama, kena sesi lain.

BONUS!

Untuk yang ambil sesi selama 5 jam, anda juga akan mendapat akses untuk bertanya soalan direct dengan saya melalui Whatsapp selama 3 bulan.

Biasanya saya tak layan soalan melalui Whatsapp atau PM; kena tanya dalam Support Group di Facebook.

Murah ke Mahal?

Itu bergantung pada ‘nilai ilmu' yang anda rasa anda boleh dapat & jualan yang anda boleh hasilkan daripada sesi ini.

Ini feedback daripada salah seorang client saya.

Feedback 1-to-1 Personal Consultation Nora Azmin

Berminat Nak Dapatkan Sesi 1-to-1 Bersama Saya?

Silakan mencuba nasib dengan mengisi borang di bawah.

Tak perlu bayar dulu. Tunggu Reply daripada saya terlebih dulu.

Nama Panggilan

Alamat Emel

Nombor Telefon

Buat Bisnes Apa?

Apa Soalan @ Masalah Yang Nak Saya Bantu?

Sila Cadangkan 3 Tarikh Untuk Kita Berjumpa
Tarikh #1
Tarikh #2
Tarikh #3

Berapa Jam? (min 2 jam, max 5 jam)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top