1 Perkara Ini Dapat Naikkan Respon Iklan Fesyen Sehingga 15.3%

Ramai yang upah jurugambar untuk photoshoot produk mereka mahal-mahal tapi akhirnya sia-sia saja!

Sia-sia macam mana tu?

Bayar upah mahal-mahal tapi akhirnya bila lancarkan iklan, iklan ke laut dan respon sangat hambar…

Baca fakta ini supaya anda dapat elakkan bisnes fesyen anda dari kerugian.

Selama ini mungkin anda selalu dengar… Model yang ‘cantik' boleh tingkatkan respon pada iklan.

Betul, fakta ni memang tepat dan tak dapat disangkal. Tapi… Ada satu lagi perkara ni kalau ada pada model anda, insyaAllah iklan produk fesyen anda akan meroket meningkat sehingga 15.3%.

Apa perkara tu?

Perkara yang saya maksudkan adalah EKSPRESI MUKA..

“Ekspresi muka? Biar betul?”

Ya, memang betul, baca sampai habis, saya akan bogelkan trick rahsia ni kepada anda.

Pada minggu lepas, (17 Jan hingga 27 Jan 2017), saya buat satu experiment Ekspresi muka yang macam mana lebih memikat hati prospek dan menyebabkan mereka rasa teruja untuk respond

Bila lakukan split test, hanya satu perkara sahaja yang diubah supaya data yang bakal diperolehi nanti ialah data yang ‘solid' dan diyakini.

Apa yang sama tu?

Iklan disasarkan pada target audience yang sama, (lihat gambar dibawah),

Audience: 10% Lookalike Page
Lokasi : Malaysia
Umur: 20-50 tahun
Jantina: Wanita
Targetting: Online shopping

Gambar menggunakan wajah model yang sama

Apa Yang Berbeza?

Hanya pada ekspresi wajah

Gambar 1 – Gambar wanita yang tersenyum gembira (G1)
Gambar 2 – Gambar background yang mewah & muka agak ‘arrogant' melambangkan keyakinan si pemakai (G3)

Cuba teka, gambar mana yang dapat respon lagi tinggi?

Tak apa, anda jawab je dulu. Pada hujung artikel ni saya bakal dedahkan jawapannya.

Iklan ini adalah iklan jenis page like. Indikator Iklan ini ialah siapa yang dapat yang paling banyak like dikira pemenang

Apa yang saya jangkakan gambar 2 (G3) akan lebih dapat respond yang lebih banyak  sebab keadaan gambar itu sendiri menunjukkan keyakinan pada si pemakai

Hasilnya…

Lepas 10 hari iklan berjalan, ini hasilnya…

Nampaknya tekaan saya SALAH.

Pertama sekali lihat jumlah spending yang dah dilaburkan, Jumlahnya sama
Kedua lihat jumleh Reach & Impression, terdapat perbezaan. G3 dapat lebih reach dan juga impression sebanyak +500

Tapi,

Lihat pula pada jumlah klik dari audience, sebaliknya berlaku. G1 mendapat lebih banyak respon berbanding G3 sebanyak 60 klik.

Seolah-olah, nampak seperti berat sebelah. Bayangkan ada 2 flyers berlainan yang kita berikan pada orang ramai. Flyer G3 ni lebih 500 helai dari flyers G1, dalam hati mestilah yang banyak menangkan?

Jawapan saya salah!

Hasilnya, data menunjukkan flyers G1 dapat lebih banyak respon.  Respon 15.3% lebih tinggi dari G3.

Keputusan yang kami dapat walaupun perbezaan 15.3%, namun lepas 10 hari perbezaan jumlah like antara iklan yang guna gambar 1 dan gambar 2 adalah 89 like. Bayangkan, model yang sama tapi berbeza ekspresi wajah saja, tapi banyak perbezaan pada respon iklan.

 

Sebenarnya, ini adalah data yang sangat mahal. Saya fikir banyak kali juga sebelum nak kongsikan.

Ekspresi muka memberi emosi yang berbeza kepada prospek yang melihat iklan. Tak perlu fikir nak guna interest dan targeting apa, hanya perlu split test gambar dengan ekspresi yang berbeza sahaja dulu.

Apa yang saya kongsikan Ini adalah salah satu kajian kes salah satu seorang klien kami yang buat bisnes fesyen. Mungkin kajian kes ini boleh bantu anda untuk merancang sesi photoshoot produk anda.

Jangan tiru apa yang kami buat 100%, anda sendiri kene uji. Setiap produk dan segmen pelanggan lain responnya.

Apa saya nak sampaikan pada anda adalah, jangan “assume”! Kena test, test dan test.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk menaikkan lagi jualan bisness anda. Jika nak lagi kami berkongsi, #Share pada rakan anda supaya kami dapat berkongsi dengan lebih banyak lagi

Hazwan Syahmi 

Facebook Ads Specialist Fames

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *