Review & Bonus Khas Zillatics

Tunggu! Jangan Beli Zillatics…

Selagi anda belum baca pendapat ikhlas saya tentang Zillatics di bawah!

Saya boleh jer nak biarkan anda beli software ini sambil saya dapat komisen.

Tapi saya tak nak anda main beli jer tanpa betul-betul faham apa kelebihan dan kekurang Zillatics.

Paling penting, saya nak anda betul-betul pasti adakah anda perlukan Zillatics.

Video Review Zillatics

Ini adalah video yang saya rakam khas untuk menunjukkan fungsi-fungsi menarik Zillatics.

Ini limitation Zillatics buat masa ini:

  1. Zillatics hanya boleh digunakan untuk analisis iklan yang sudah berjalan, bukan iklan yang belum lagi dibuat.
  2. Zillatics hanya boleh tunjukkan analisis untuk Ad Set yang menggunakan Interest di bahagian Audience Targeting (Custom Audience & Lookalike Audience tak boleh guna).
  3. Data hanya akan ditunjukkan untuk prestasi iklan selama 7 hari yang lepas (ini limitation yang ditetapkan oleh pihak Facebook).

Apa Yang Saya Suka Tentang Zillatics:

  1. Ia sangat mudah dipasang sebab ia adalah sejenis Browser Extension untuk Google Chrome. Size tak besar dan tak ‘memberatkan' komputer.
  2. Nak guna pun sangat mudah; hanya pergi ke bahagian Ads Manager dan pilih Ad Set yang kita nak analyze.
  3. Paling best, kita boleh dapat tau result (Interest yang terbarik) dengan cepat dan juga tanpa perlu spend kos iklan yang banyak untuk buat Split Testing.
  4. Harga Zillatics yang sangat murah dan berpatutan (hanya RM115+ untuk akses seumur hidup) berbanding produk lain yang ada di pasaran (yang mengenakan cas bulanan yang mahal).

Nota Kaki:

Kalau anda nak result Split Test yang paling tepat, anda tetap perlu buat beberapa Ad Set dengan setiap Ad Set fokus pada satu-satu audience atau Interest sahaja.

Sebab…

Bila banyak sangat Interest dalam anda punya Ad Set, Facebook akan cenderung belanjakan bajet pada audience yang paling responsif (mengikut objektif iklan). Jadi result yang Zillatics akan tunjukkan mungkin tidak berapa tepat (tapi boleh digunakan sebagai asas).

Apa Yang Saya Tak Berapa Suka Dengan Zillatics:

  1. Zillatics buat masa ini masih belum berapa stabil. Ada Ad Set yang berjaya dianalisa, dan ada yang tidak berjaya dianalisa. Jadi ada sedikit rasa ralat di situ.
  2. Data yang dipaparkan oleh Zillatics juga perlu dianalisa dengan teliti. Anda perlu ada kefahaman yang jelas tentang bagaimana Zillatics ‘berkerja' dan macam mana anda boleh gunakan data tersebut untuk memperbaiki iklan anda.
  3. Pendek kata, kalau anda setakat beli Zillatics, pasang dan run macam tu sahaja, anda tak akan dapat hasil.
  4. Saya banyak guna Custom Audience dan Lookalike Audience yang lebih advance berbanding Interest. Jadi saya tak dapat nak gunakan Zillatics sepenuhnya (dia hanya boleh analyze Ad Set yang guna Interest).

Adakah Ia Sesuai Untuk Anda?

  1. Kalau anda memang biasa buat iklan di Facebook dan masih menggunakan Interest semata-mata, insyaAllah Zillatics boleh membantu anda kenalpasti Interest mana yang betul-betul bagus untuk anda.
  2. Kalau anda masih Newbies dan tak pernah pun buat Facebook Ads, tolong jangan bazir duit beli Zillatics.

Tetap Nak Cuba Zillatics? Ini Apa Yang Saya Boleh Bantu

Kalau anda masih membaca sehingga ke ayat ini, saya pasti anda sangat teruja nak cuba Zillatics (sebab harganya masih murah berbanding produk lain seumpamanya).

Dan saya juga yakin anda sebenarnya seboleh mungkin nak cuba kurangkan kos iklan anda, sambil mendapat hasil yang lebih lumayan.

Betul?

Jadi ini adalah apa yang saya boleh bantu dan tawarkan pada anda.

Tolong baca dengan teliti…

Kalau anda mendapatkan Zillatics melalui link ini (atau mana-mana link dalam halaman ini), saya akan berikan kepada anda video-video di bawah sebagai bonus (bernilai RM197).

  1. Cara Asas Buat Split Testing Guna Power Editor
  2. Cara Advance Buat Split Testing
  3. Cara Track & Analyze Result Split Testing
  4. Strategi Guna Custom Audience & Lookalike Audience
  5. Cara Buat Website Custom Audience
  6. Cara Guna Page Engagement Custom Audience
  7. Cara Retarget Iklan Pada Siapa Yang Dah Tengok Video Anda

Total durasi kesemua video di atas adalah selama 105 minit @ 1 jam 45 minit.

Kenapa Saya Decide Nak Berikan Anda Video-Video Di Atas?

Saya bukan saja-saja nak bagi anda video-video di atas dengan percuma.

Ini sebabnya:

  1. Tak guna kalau anda beli Zillatics, tapi tak faham dan tak reti buat Split Testing. Zillatics hanyalah ‘alat' untuk membantu anda. Ilmu asasnya, anda tetap kena faham.
  2. Saya tak nak anda hanya guna Interest sahaja sampai bila-bila. Ada banyak lagi cara nak target audience di Facebook (yang biasanya lebih berkesan) seperti Custom Audience, Lookalike Audience dan Retargeting.
  3. Akhir sekali dan yang paling penting, saya nak pelaburan anda untuk mendapatkan software Zillatics berbaloi.

Ok, itu saja tawaran saya untuk anda.

Kalau anda berminat nak dapatkan Zillatics berserta bonus-bonus saya di atas, klik jer butang di bawah.

 

P.s. – Tawaran ini mungkin akan ditutup pada bila-bila masa. Jangan jangan terkejut kalau anda datang semula ke halaman ini, tetiba tawaran dah ditarik balik.