Cara Guna Banyak Akaun Instagram Dalam 1 Phone

Ada guna Instagram untuk bisnes?

Mesti anda pening kepala dok fikir macam mana nak guna banyak akaun Instagram dalam 1 phone.

Yelah…

Anda mungkin nak asingkan akaun Instagram untuk kegunaan bisnes dengan kegunaan peribadi.

Atau anda mungkin nak buat beberapa akaun Instagram untuk jual produk @ servis daripada beberapa niche yang berbeza.

Setuju?

Anda tak perlu pening kepala lagi.

Saya akan kongsikan dengan anda dalam artikel kali ini, cara untuk anda guna banyak akaun Instagram dalam satu phone.

Dan yang paling best, cara ini sangat mudah dan dijamin selamat!

Cara Install & Setup Banyak Akaun Instagram Dalam 1 Phone

Gambar Kredit – http://braperucci.com

Cara Install Banyak Akaun Instagram Dalam 1 Phone

Sejak bulan November 2015, banyak berita @ rumors yang mengatakan Instagram tengah mula test features untuk membolehkan multiple account.

Rasanya Instagram sendiri sedar yang ramai pengguna terpaksa install aplikasi daripada pihak ketiga (3rd party) untuk membolehkan mereka guna banyak akaun Instagram secara serentak.

Salah satu aplikasi yang popular adalah InsTWOgram.

Akhirnya, pada tarikh 8 Februari 2016, Instagram mengumumkan features terbaru yang dinamakan “Account Switching”.

Cara Setup Banyak Akaun Instagram @ Account Switching

Untuk menggunakan features Account Switching ini, anda perlu pastikan yang anda sedang menggunakan Instagram versi terbaru.

Boleh semak di Google Playstore atau Apple Apps Store.

Baca juga artikel sebelum ini tentang “4 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Jualan di Instagram”

Selepas memastikan aplikasi Instagram anda sudah dikemaskini, boleh ikut 4 langkah mudah di bawah (rujuk gambar).

1# Pergi ke bahagian Profil dan klik butang Tetapan

Cara Install Banyak Akaun Instagram Dalam 1 Phone

2# Klik “Add Account”

Cara Guna Banyak Akaun Instagram Dalam 1 Phone

3# Pilih untuk Login ke akaun sedia ada atau Sign up untuk buka akaun baru.

Cara Guna Banyak Akaun Instagram Sekaligus

4# Anda dah berjaya! Boleh pilih untuk tukar akaun Instagram di bahagian atas sebelah kiri.

Cara Mudah Selamat Guna Banyak Account IG

[et_bloom_inline optin_id=”optin_5″]

Kalau dah update aplikasi Instagram tapi masih belum berjaya, boleh cuba Restart phone anda.

Info Tambahan Tentang Instagram Account Switching

1# Notifikasi @ Alert

Apabila anda menggunakan banyak akaun Instagram serentak, anda akan mendapat notifikasi berdasarkan tetapan akaun tersebut.

Anda boleh semak tetapan notifikasi di bahagian “Push Notification” (rujuk gambar di bawah).

Cara Setting Tetapan Notifikasi Untuk Banyak Akaun IG

2# Cara Buang Akaun Yang Tak Nak Guna

Sekiranya anda nak remove mana-mana akaun Instagram yang anda dah tak nak guna, boleh ke klik akaun tersebut dan pergi ke bahagian tetapan.

Turun ke bahagian bawah sekali dan klik “Log Out of ______” atau “Log Out of All Accounts”.

Cara Remove Akaun Instagram Yang Banyak

Pilihan ke-2 akan menyebabkan anda terpaksa Login semula akaun Instagram yang anda nak guna.

Adakah Artikel Ini Bermanfaat?

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat untuk anda, pastikan anda klik butang Share supaya rakan-rakan anda juga beroleh manfaat.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

22 Comments