Kelas Facebook Marketing Untuk Team Herskin Malaysia

Alhamdulillah, semalam telah selesai Kelas Facebook Marketing khas untuk team Herskin Malaysia.

Kelas berlangsung di Hotel Laman Seri, Seksyen 13 Shah Alam dan disertai seramai 18 orang agen dan stokis Herskin dari seluruh negara.

Peserta Kelas Facebook Marketing Firdaus Azizi

[alert-announce]Herskin merupakan produk kecantikan kulit 100% semulajadi yang terkini dan sedang hangat di pasaran.[/alert-announce]

Seperti kelas-kelas Facebook Marketing kami sebelum ini, kelas dibahagikan kepada 2 sesi; sesi pagi bersama Safuan Borhan manakala sesi petang di takeover oleh saya.

Sesi Pagi

Antara perkongsian menarik daripada Safuan Borhan adalah tips memilih nama fanpage dan cara untuk membuat ‘customer segmentation'.

Selingan: Ini adalah video yang baru disediakan oleh Tuan Suffian Salahudin tentang langkah & tips buat fanpage. Semoga bermanfaat 🙂

[youtube id=”5FDyFgGaCWk” width=”809″ height=”607″ position=”center”]

Safuan juga berkongsi teknik dan strategi untuk follow up prospek menggunakan mobile dengan zero cost serta ayat-ayat copy writing yang sesuai digunakan oleh agen Herskin.

Sesi Petang

Selepas enak menjamu selera, maka sesi saya pun bermula.

Memandangkan ada antara peserta yang belum ada fanpage, jadi saya guide mereka macam mana nak buat fanpage dengan mudah dan apa setting-setting penting di fanpage yang perlu mereka ketahui.

Dah ada fanpage, barulah boleh proceed dengan bahagian “Intro to Facebook Ads” 🙂

Bahagian intro, biasanya saya akan cover:

  1. Cara-cara yang boleh digunakan untuk buat iklan (Boost Post, Ads Manager & Power Editor)
  2. Jenis-jenis iklan
  3. Jenis-jenis bidding
  4. Cara setting iklan yang paling optimum (terbukti melalui pengalaman saya selama 4+ tahun main FB Ads)

Baca Juga –> Tips Untuk Dapatkan Kos Per Klik Yang Murah!

Saya juga tunjukkan kepada mereka macam mana nak monitor prestasi iklan supaya duit yang dilaburkan tak lebur.

Peserta kali ini beruntung sebab saya sempat tunjukkan cara membuat Lookalike Audience, Custom Audience for Website dan juga macam mana menggunakan Power Editor untuk schedule iklan supaya run pada hari & waktu tertentu sahaja.

Cuma disebabkan kekangan masa, saya tak dapat nak guide step by step untuk part Power Editor.

Lagipun, Power Editor memang merupakan tahap yang agak Advance dan memerlukan kelas yang khusus.

Terima Kasih…

Kelas Facebook Marketing Bersama Team Herskin

Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kerana kami diberikan kepercayaan oleh Tuan Humaidi (co-founder Herskin) untuk mengadakan kelas ini.

Saya turut mendoakan semoga setiap peserta yang hadir berjaya apply apa yang dah diajar dan menghasilkan jualan yang berkali-kali ganda lebih masyuk!

Nak Belajar Jugak Teknik Facebook Marketing Terkini?

Kalau anda berminat nak belajar teknik-teknik Facebook Marketing terkini bersama saya & Safuan Borhan, anda boleh mendaftar untuk kelas-kelas kami yang akan datang (sila klik link di bawah).

Jumpa anda di sana nanti yer!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Comments

  1. Bila tengok video ni saya macam berminat pula nak buat Fanpage untuk Blog / Personal tapi kena pegi course nie la barulah ianya lebih tersusun untuk dapatkan commercial value