Azam 2014 – Kembali Menjadi Seorang Blogger

Alhamdulillah hari ini dah 2 Januari 2014. Masih dipinjamkan nyawa utuk bernafas sebagai seorang khalifah di bumi ciptaan Allah. Terasa masih banyak tanggungjawab dengan Dia yang masih belum ditunaikan.

Insya-Allah saya ingin mulakan tahun baru ini dengan berazam untuk kembali menjadi seorang Blogger.

azam tahun baru saya adalah untuk kembali aktif menulis sebagai seorang blogger tegar!

Misi 2014 – Menjadi Blogger Tegar

Dulu…

Saya yakin ramai yang tak tau dulu sebenarnya saya seorang blogger yang aktif menulis tentang isu-isu semasa. Dulu saya menulis dengan nama pena Musafir Kelana. Pantang jer ada isu-isu semasa yang menarik, saya akan kaji dan tulis di blog saya.

Blog saya yang pertama adalah menggunakan Blogger ataupun lebih dikenali sebagai Blogspot. Selepas 2 tahun+, saya berhijrah ke WordPress.com disebabkan beberapa masalah teknikal dengan Blogspot saya pada waktu tersebut.

Sejak tahun lepas pula, saya sekali sekala menulis di blog Diary of Muhammad milik isteri saya yang banyak berkongsikan tentang gentle birth, penyusuan susu ibu dan juga vitamin semulajadi Shaklee. Cuma bila menulis di blog isteri, terpaksalah cuba gaya bahasa yang feminine sebab 90% pembaca blog tersebut adalah dari kalangan wanita.

Tahun 2014…

bermula tahun 2014, saya akan menulis tentang pelbagai topik lain selain daripada isu semasa

Insya-Allah bermula dari tahun ini saya akan menulis tentang…

  • Isu-isu semasa
  • Internet Marketing (Facebook, SMS, Blog, etc.)
  • Content Marketing
  • Gadget & Android
  • Shaklee

Saya akan cuba kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang saya ada tentang Internet Marketing memandangkan saya sudah hampir 3 tahun menjalankan perniagaan secara online bersama isteri saya.

Kami bermula dengan bisnes buku Islamik kanak-kanak (nama fanpage kami – Islamic Books for Kids) pada tahun 2011. Pada penghujung tahun 2012, kami mula aktif dengan bisnes Shaklee menggunakan medium Facebook (nama fanpage kami – Breastfeeding Heaven) dan juga blog.

Doakan semoga saya berjaya menjadi blogger yang hebat seperti Bro Denaihati yang berjaya memenangi Anugerah Best Personal Blog 2013 dan juga Most Creative Blog 2013. Asbab berjumpa dengan blog beliau, saya telah menghadiri WordPress Master Class anjuran Akademi Denaihati di mana saya dapat belajar ilmu-ilmu blog dan juga SEO daripada Bro Eizil.

Barulah saya tau blogging bukanlah sekadar menulis suka-suka, tapi sebenarnya ia adalah satu kerjaya yang boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Mengapa tidak saya jadikan hobi menulis saya sebagai satu sumber duit kan?

Salam Perkenalan

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan salam perkenalan buat rakan-rakan blogger di luar sana. Sebagai blogger newbie, pasti banyak ilmu-ilmu baru yang saya boleh kutip dari anda semua…

Insya-Allah saya akan cuba terjah sebanyak mungkin blog setiap hari sebagai satu rutin harian seorang blogger tegar 😉

Nak Lagi Banyak Tips Menarik?

Masukkan alamat emel anda di bawah & jadi yang terawal menerima tips daripada saya.

Comments (35)

  1. Razif 3 January 2014
  2. Fadhil 3 January 2014
    • Firdaus 3 January 2014
  3. Anarm 3 January 2014
    • Firdaus 3 January 2014
  4. Denaihati 3 January 2014
    • Firdaus 3 January 2014
  5. Hafiz Rahim 3 January 2014
    • Firdaus 3 January 2014
  6. kakiblog 3 January 2014
    • Firdaus 3 January 2014
  7. seri.selaseh 3 January 2014
    • Firdaus 3 January 2014
  8. titan 3 January 2014
    • Firdaus 3 January 2014
    • Firdaus 3 January 2014
  9. faiz saaid 3 January 2014
    • Firdaus 3 January 2014
  10. Fauzi Blues 3 January 2014
    • Firdaus 3 January 2014
  11. KiD 3 January 2014
    • Firdaus 3 January 2014
  12. ohcikgu 4 January 2014
    • Firdaus 4 January 2014
  13. Khairul Zamri 5 January 2014
  14. cik tom 5 January 2014
    • Firdaus 5 January 2014
  15. AkmaOmar 6 January 2014
    • Firdaus 6 January 2014
  16. Khadeejah Hasmad 6 January 2014
  17. sohoque 10 January 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Suka Artikel Ini?

Dapatkan lebih banyak tips pemasaran terkini terus ke emel anda.

Terima Kasih!

Sila Semak Emel Anda

Untuk Pengesahan

Hi!

Hey!

Buat Bisnes Online?

Boleh Saya Bantu Anda?

Saya Sangat Berminat!

Saya Dah Pandai!

Sila Isi Borang Di Bawah

Untuk terima tips terkini terus ke emel anda

Terima Kasih!

Sila Sahkan Emel Anda Sekarang